AKHLAK RASULULLAH CERMINAN MASYARAKAT HARMONI
Baginda menyeru seluruh rakyat Kedah mengekalkan keharmonian dan mengamalkan sikap saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa mahupun latar belakang.
“Beta juga ingin menegaskan bahawa keamanan dan perpaduan yang kita kecapi pada hari ini adalah nikmat besar yang wajib disyukuri dan dipertahankan bersama.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah 1447H/2025M yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman.
Selain itu, baginda menzahirkan penghargaan atas usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam memperkukuh aspek pembangunan ekonomi, pendidikan, kebajikan dan sosial.
Menurut baginda, pembangunan seimbang antara rohani dan jasmani adalah sejajar dengan pendekatan Rasulullah SAW dalam membina masyarakat yang maju, adil dan berakhlak mulia.
“Maka, menjadi tanggungjawab kita semua untuk memperkukuh jati diri, memperkasa institusi keluarga serta membentuk generasi muda yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia,” titahnya lagi.
Baginda turut berharap agar rakyat Kedah menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dalam membina peribadi, memimpin keluarga, memacu organisasi dan membangunkan masyarakat sehingga terbentuknya masyarakat Islam Madinah.
“Beta menyeru agar semua pihak sama ada sektor awam, swasta, pertubuhan masyarakat dan individu berganding bahu dalam menjayakan agenda pembangunan negeri dengan semangat keikhlasan dan cinta kepada negeri tercinta ini,” titah baginda.
Post a Comment