KEDAH TERUS DIPACU MENUJU KEMAJUAN NEGERI
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, usaha ini dilaksanakan melalui pengembangan kawasan industri sedia ada seperti Kulim Hi-Tech Park, Padang Meiha dan Bukit Kayu Hitam, selain penambahbaikan di beberapa kawasan industri lain termasuk di Sungai Petani dan Gurun.
“Kerjasama berterusan oleh Kerajaan Persekutuan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri Kedah amatlah dihargai.
“Antaranya NCER melalui Pembangunan Kedah Rubber City (KRC) di Padang Terap, Pembinaan Laluan Jalan Raya bagi menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah ke CIQ Sadao, Thailand,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program Madani Rakyat 2025 di Baling.
Menurutnya, inisiatif pembangunan mampan melalui kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri merupakan formula terbaik untuk memastikan Kedah terus menyumbang kepada pembangunan negara.
Seiring dengan pembangunan industri, kerajaan negeri turut memberi tumpuan kepada sektor pelancongan selaras dengan kempen Tahun Melawat Kedah 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Terima kasih juga kepada Kerajaan Persekutuan kerana membantu dalam pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur serta produk pelancongan seperti Projek Meroboh, Membina Dan Menaik Taraf Terminal dan Jeti Penumpang, Kargo dan RORO di Jeti Kuala Kedah, Projek Sempadan Utara Semenanjung, Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan Mong Gajah Tasik Pedu, Padang Terap, Kerja-Kerja Naik Taraf Tapak Arkeologi Sungai Batu Kepada Kompleks Arkeo-Pelancongan Tamadun Sungai Batu serta menaiktaraf Galeri Perdana di Langkawi,” ucapnya.
Beliau turut berharap agar semangat kebersamaan dalam menjalin hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri di bawah konsep federalisme dapat terus dihayati supaya segala perancangan dan aspirasi rakyat dapat dilaksanakan secara adil, saksama dan menyeluruh di bandar serta luar bandar.
“Kita tidak mengamalkan politik pilih kasih, kita layan rakyat kita sama rata, saksama tak kira latar belakang, keturunan dan bangsa.
“Itulah yang diamalkan di Kedah sejak beberapa tahun ini dan kesannya dapat dilihat sekarang, datanglah siapa pun di Kedah, kami akan sambut gilang-gemilang dengan tangan terbuka,” katanya.
Post a Comment