Header Ads

test

120 PELAJAR DUN ALOR MENGKUDU TERIMA SUMBANGAN 'BACK TO SCHOOL'


ADUN Alor Mengkudu, Muhammad Radhi Md Din hadir meraikan seramai 120 orang anak-anak pelajar dalam Program 'Back to School' anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Alor Mengkudu.
Setiap seorang penerima mendapat kupon berjumlah RM150 bagi membeli peralatan sekolah.
Program ini berlangsung dengan jayanya di Pasaraya Mydin Taman Saga dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Yayasan Isra’ Malaysia.
Muhammad Radhi menyampaikan nasihat supaya anak-anak ini belajarlah bersungguh-sungguh, menjadi anak yang baik, beradab dan bercita-cita tinggi.
"Terima kasih TNB, Yayasan Isra’ Malaysia dan Mydin atas sokongan dan kebersamaan. Kecil di mata kita hari ni, besar nilainya untuk masa depan mereka.
"Sekolah nak buka dah, moga anak-anak melangkah dengan senyuman dan mak ayah terus kuat demi masa depan mereka," ujarnya.

Tiada ulasan