Header Ads

test

ADUN LUNAS SANTUNI PENIAGA TERJEJAS ANGIN KUAT DI PADANG SERAI


 

ADUN Lunas, Khairul Anuar Ramli, telah turun ke Padang Serai untuk bertemu beberapa peniaga yang terjejas akibat kejadian angin kuat dua hari lalu.
Banyak gerai rosak dan diterbangkan angin sehingga menjejaskan punca pendapatan mereka.


Menyedari kesukaran yang ditanggung, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi bagi meringankan beban para peniaga yang mencari rezeki semata-mata melalui perniagaan harian.
Semoga Allah SWT memberikan mereka kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi detik sukar ini serta melimpahkan rezeki kepada mereka.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan