SADA RESPONSIF TANGANI KEBOCORAN PAIP UTAMA
Baru-baru ini, Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Lada telah memanjangkan aduan daripada penduduk Kampung Kuala Lanjut berhubung masalah ketiadaan air.
Alhamdulillah, hasil siasatan pihak SADA mendapati terdapat kebocoran pada paip utama yang menyebabkan gangguan bekalan air ke rumah-rumah terlibat.
Pihak SADA kini sedang bertungkus-lumus membaiki paip berkenaan bagi memulihkan kembali aliran air kepada penduduk.
Terima kasih diucapkan kepada pihak SADA atas tindakan pantas dan keprihatinan yang ditunjukkan.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


Post a Comment