Header Ads

test

𝐎𝐏𝐒 𝐂𝐔𝐂𝐈 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 | 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑, 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒


 

ADUN Anak Bukit, Rashidi Razak bersama pasukan Khidmat Malaysia Kuala Kedah turun melaksanakan Ops Cuci di beberapa buah rumah mangsa banjir sekitar DUN Titi Tinggi, Padang Besar, Perlis.
Dengan komitmen tinggi para sukarelawan, kerja-kerja pembersihan dijalankan merangkumi pengalihan sampah, pencucian kediaman serta membantu keluarga terjejas untuk kembali meneruskan kehidupan selepas musibah banjir.

Rashidi menzahirkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua petugas, sukarelawan serta rakan-rakan pimpinan yang turut bersama dalam misi ini.
Semoga usaha ini memberi kelegaan dan mempercepatkan proses pemulihan mangsa.


Turut hadir menyertai misi bantuan ini ialah Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakrurazi; Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit; serta Ahli Parlimen Padang Besar, Rushdan Rusmi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan