ADUN PEDU SANTUNI WARGA SIAM
ADUN Pedu, Mohd Radzi Md Amin, menziarahi keluarga warga Siam yang meninggal dunia di Kampung Chandeng, Naka, baru-baru ini.
Dalam kesempatan tersebut, beliau turut bertanya khabar serta menyantuni masyarakat Siam yang hadir bagi memberikan sokongan kepada keluarga berkenaan.
Takziah diucapkan kepada keluarga si mati. Semoga dikurniakan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


Post a Comment