KEDAH JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN TENIS PERINGKAT JUNIOR KEBANGSAAN
Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, Muhammad Radhi Md Din mengadakan pertemuan bersama Presiden dan Setiausaha Persatuan Tenis Negeri Kedah.
Dalam pertemuan itu, dimaklumkan bahawa negeri Kedah akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Kejohanan Tenis Peringkat Junior Kebangsaan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Tenis Negeri Kedah yang baharu kerana berjaya mengaktifkan semula persatuan serta mengangkat kembali pembangunan sukan tenis di Kedah.
Turut hadir, Penyelaras Sukan Tenis Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK), Abd Razak Yusof.

Post a Comment