Header Ads

test

MERASMIKAN KEJOHANAN BOLA JARING PIALA YB BB7


Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, Muhammad Radhi Md Din merasmikan majlis penutup Kejohanan Bola Jaring Piala YB BB7 di Dewan MPSPK, Taman Gurun Jaya.
Menurutnya, kejohanan itu bukan sahaja tentang menang kalah, tetapi paling penting ialah semangat berkawan, berukhuwah dan hormat sesama sendiri.


"Seronok tengok anak-anak dari kategori bawah 8, 10 dan 12 tahun dok ligan bola dengan semangat tinggi.
"Tahniah kepada semua 24 pasukan yang bertanding," ujarnya.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADUN Gurun, Baddrol Bakhtiar, urus setia, penaja, waris, ibu bapa dan semua pasukan yang bertanding kerana telah menjayakan pertandingan ini.
Semoga kejohanan ini menjadi platform terbaik untuk mencungkil bakat-bakat muda Kedah.

Tiada ulasan