PEMANTAUAN MASALAH BANJIR DI TAMAN SERAI WANGI
Aduan utama yang dibangkitkan oleh penduduk adalah berkaitan dengan sistem 'output' loji yang tidak berkesan.
Jelas bahawa sistem penyaliran loji tersebut didapati tidak lancar, menyebabkan aliran air tersangkut dan akhirnya melimpah keluar.
Pemerhatian di tapak menunjukkan bahawa masalah aliran keluar air yang tidak lancar ini merupakan punca utama kepada isu limpahan air yang sering berlaku di kawasan perumahan tersebut.
Dato' Ustazah Siti Ashah mengambil maklum bahawa isu teknikal pada sistem output loji ini memerlukan penyelesaian segera dan tindakan intervensi yang berkesan daripada pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang, terutamanya menjelang musim hujan.
Sehubungan itu, tindakan segera akan terus diambil dengan menghubungi serta berkoordinasi dengan agensi-agensi yang bertanggungjawab terhadap operasi dan penyelenggaraan loji tersebut.
Beliau akan terus memantau rapat perkara ini dan mendesak agar kerja-kerja baik pulih dan pelancaran semula output loji dijalankan secepat mungkin.


Post a Comment