PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PROFESOR ADJUNG UNISHAMS KEPADA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA
Hari ini, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyampaikan watikah pelantikan Profesor Adjung (Bidang Sains Sosial) Kuliyyah Kaunseling, Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) kepada Panglima Angkatan Tentera, Profesor Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Pahlawan Mohd Nizam Jaafar.
Sesi penyerahan anugerah berprestij UniSHAMS itu berlangsung di pejabat Menteri Besar, di Wisma Darul Aman.
Pelantikan tersebut berkuat kuasa bermula 20 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2027.
Pengiktirafan tersebut akan menjadi titik permulaan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memartabatkan lagi kemasyhuran UniSHAMS dalam persada pendidikan tinggi negara.
Hadir sama dalam majlis bersejarah itu, Naib Canselor UniSHAMS, Profesor Dr Mohd Amy Azhar Dato’ Mohd Harif; Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Fouzi Sulaiman; Pendaftar UniSHAMS, Hj Mohd Fahmi Sheikh Omar serta Dekan Kulliyyah Kaunseling, Pendidikan dan Sains Sosial, Prof Datin Dr Sapora Sipon.


Post a Comment