Header Ads

test

SUMBANGAN MANGSA BANJIR ALOR GUNUNG


ADUN Anak Bukit, Rashidi Razak telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Alor Gunung yang terjejas akibat bencana tersebut.

Beliau turut turun padang meninjau keadaan penduduk serta menyampaikan sumbangan keperluan asas sebagai usaha meringankan beban keluarga yang terkesan.



Menurut Rashidi, bantuan ini adalah tanda keprihatinan dan sokongan berterusan kepada rakyat yang sedang diuji dengan bencana alam.
“Keutamaan kita adalah kebajikan rakyat. Kita akan terus berusaha memastikan mereka yang terjejas mendapat perhatian dan bantuan sewajarnya,” katanya.
Dalam masa yang sama, Rashidi turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi terlibat serta para sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu dalam operasi bantuan dan kerja-kerja pemulihan pasca banjir di kawasan terjejas.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan