150 PELAJAR DIRAIKAN DALAM PROGRAM BACK TO SCHOOL 1.0
Satu majlis penyerahan bantuan melalui Program Sumbangan Back to School 1.0 telah dilaksanakan bertempat di Dewan Masjid Taman Mutiara, Kulim.
Program ini melibatkan seramai 150 orang penerima yang terdiri daripada pelajar di sekitar tiga mukim dan dua zon Majlis Perbandaran Kulim (MPKK).
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, Dato' Hajah Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali.
Dalam program tersebut, setiap penerima telah diberikan sumbangan tunai berjumlah RM150 bagi tujuan persiapan sesi persekolahan akan datang.
Pelaksanaan program ini dijayakan melalui sumbangan daripada beberapa pihak iaitu Kulim Technology Park Corporation (KTPC), Majlis Perbandaran Kulim, Pihak Berkuasa Tempatan Hi-Tech, serta XSD Paper.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha kerjasama antara agensi kerajaan dan sektor korporat dalam menyantuni keperluan masyarakat setempat.
#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#ADUNMerbauPulas
#BackToSchool2026
Post a Comment