𝟒𝟏 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐇𝐀𝐑𝐈𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈
Kehilangan insan tersayang bukan sekadar ujian emosi, malah sering disertai beban kos pengurusan jenazah, khususnya kepada keluarga berpendapatan rendah.
Justeru, sumbangan khairat kematian disalurkan sebagai inisiatif dan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela.
Seramai 41 keluarga menerima sumbangan wang khairat kematian kepada di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang yang disampaikan oleh ADUN Kuala Nerang, Dato' Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria.
Majlis turut disertakan dengan sedikit tahlil ringkas buat mereka yang telah meninggal dunia.
“Kerajaan negeri memahami denyut nadi rakyat. Saat duka beginilah sokongan paling diperlukan.
"Bantuan ini diharap dapat meringankan beban dan memberi sedikit kelegaan kepada keluarga yang terkesan," ujarnya.
#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#ADUNKualaNerang
#khairatkematian
Post a Comment