250 PELAJAR TERIMA SUMBANGAN BACK TO SCHOOL DUN ANAK BUKIT
Sumbangan ini menjadi penyuntik semangat kepada para pelajar dalam membuat persiapan awal bagi memulakan sesi persekolahan baharu.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh ADUN Anak Bukit, Rashidi Razak sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan rakyat khususnya golongan pelajar dan keluarga yang memerlukan.
Inisiatif ini merupakan manifestasi komitmen berterusan beliau dalam usaha meringankan beban kewangan ibu bapa.
Diharapkan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada para penerima serta menjadi pemangkin semangat kepada pelajar untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih baik.
Turut hadir Ahli Majlis MBAS, Shahrul Anuar Haron.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Post a Comment