Header Ads

test

150 PELAJAR TERIMA VOUCHER RM100 PROGRAM 'KEMBALI KE SEKOLAH' DUN PENGKALAN KUNDOR

Senyuman kegembiraan jelas terpancar di wajah 150 pelajar apabila masing-masing menerima voucher bernilai RM100 dalam program 'Kembali ke Sekolah' yang berlangsung dengan meriah di Mydin Taman Saga.
Program itu bukan sahaja meringankan beban ibu bapa, malah memberikan harapan dan semangat baharu kepada para pelajar untuk memulakan sesi persekolahan 2026 dengan lebih baik.
Program itu dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pengkalan Kundor dengan kerjasama dan sumbangan daripada Kedah Management Services Sdn. Bhd. (KMS), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) serta Telekom Malaysia.
Melalui program itu, setiap pelajar berpeluang membeli barangan keperluan sekolah termasuk pakaian, kasut dan beg sekolah.
Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi; Ketua Pegawai Pentadbiran PKNK, Mohd Sharizal Yusof; Pengurus KMS, Farah Wahida dan wakil Mydin Taman Saga, Anuar Abu Hassan.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan dan sumbangan yang diberikan.
Semoga program seperti itu dapat diteruskan dan memberi manfaat berterusan kepada pelajar-pelajar di DUN Pengkalan Kundor.
Selamat belajar adik-adik! Semoga berjaya dan cemerlang di sekolah.

Tiada ulasan