42 PELAJAR 'PEARL OF KEDAH' TERIMA SUMBANGAN, PERSEDIAAN JADI PEMIMPIN MASA HADAPAN
Sumbangan berbentuk wang tunai berjumlah RM130 bagi setiap penerima itu disalurkan melalui Pejabat Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan sebagai tanda sokongan terhadap kecemerlangan dan kebajikan pelajar di negeri Kedah.
Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali.
Dalam ucapannya, Dato’ Ustazah Siti Ashah menekankan bahawa menjadi harapan besar kerajaan negeri untuk membentuk anak-anak agar membesar menjadi pemimpin negeri dan negara pada masa hadapan.



Post a Comment