TAMAN ECO RIMBA PUNCAK JANING PERKUKUHKAN LAGI SEKTOR EKO-PELANCONGAN
Projek menaiktaraf kemudahan pelancongan di Taman Eco Rimba Puncak Janing sedang giat dijalankan sebagai usaha memperkukuh sektor eko-pelancongan tanpa mengabaikan pemeliharaan alam sekitar.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, Dato’ Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria, turun padang meninjau kerja-kerja penambahbaikan yang memberi fokus kepada kemudahan asas, keselamatan pengunjung serta keselesaan pelancong, sejajar dengan hasrat menjadikan Puncak Janing sebagai destinasi rekreasi alam yang lebih tersusun dan mesra pengunjung.
Projek ini bukan sahaja bertujuan menarik lebih ramai pelancong, malah membuka ruang ekonomi kepada penduduk setempat melalui penglibatan komuniti dalam aktiviti pelancongan dan perkhidmatan sokongan.
“Pembangunan mesti berjalan seiring dengan pemeliharaan alam. Kita tidak mahu khazanah semula jadi ini rosak, sebaliknya dimanfaatkan secara berhemah untuk generasi akan datang.
“Harapan saya agar usaha ini menjadi pemangkin kepada pembangunan pelancongan lestari di Padang Terap,” ujarnya.


Post a Comment