BAZAR SYAWAL DARUL AMAN, SOKONG PENIAGA TEMPATAN
Bazar ini akan menjadi platform untuk peniaga tempatan menjana ekonomi setempat dan memberi peluang kepada usahawan baharu memperkenalkan produk mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, Muhammad Radhi Md Din berkesempatan mempengerusikan Mesyuarat Penganjuran Bazar Syawal Darul Aman.
Segala perkara dibincangkan bermula daripada susun atur tapak, pengurusan peniaga, kebersihan, keselamatan pengunjung hinggalah aktiviti sampingan yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Turut hadir, ADUN Derga, Muhamad Amri Wahab bagi memastikan setiap persiapan berjalan lancar.

Post a Comment