Header Ads

test

SUMBER AIR, INDUSTRI MAKANAN PERLU SELARAS DENGAN PEMBANGUNAN MAMPAN



Keseimbangan antara pemeliharaan sumber air, kelangsungan industri makanan dan kepentingan rakyat akan terus menjadi keutamaan kerajaan negeri Kedah, selaras dengan agenda pembangunan mampan dan jaminan keselamatan makanan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, Dato’ Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mengadakan lawatan kerja ke Kolam Ternakan Ikan Putih milik Usaha Fadzilat Sdn Bhd di Batu Lintang, Sungai Petani.
Lawatan ini diadakan susulan perbincangan berhubung isu cas sumber air yang dibangkitkan pihak syarikat, selain memberi peluang kepada kerajaan melihat sendiri keadaan kualiti air, sistem pengurusan kolam serta persekitaran di kawasan ternakan tersebut.
Tapak ternakan seluas 180 ekar itu mempunyai 31 buah kolam dengan keluasan antara 0.4 hingga 2.2 hektar, menjadikannya antara operasi akuakultur berskala besar yang menyumbang kepada bekalan makanan dan ekonomi setempat.
Jelasnya, kerajaan negeri Kedah terus memperkukuh komitmen menjaga kebajikan pemain industri akuakultur.
Turut serta dalam lawatan berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, Dzowahir Ab Ghani; Jabatan Perikanan Negeri Kedah; Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah serta Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
Dato’ Mohamad Yusuf@Munir berkata, pendekatan turun padang amat penting bagi memastikan sebarang dasar atau ketetapan berkaitan sumber air dilaksanakan secara adil, berfakta dan tidak membebankan pengusaha, tanpa mengabaikan aspek pemeliharaan alam sekitar.
“Pembangunan industri mesti berjalan seiring pemeliharaan alam sekitar, dan kebajikan rakyat serta pengusaha tidak boleh dipinggirkan,” ujarnya.



 

Tiada ulasan