ISU PROJEK KUARI PASIR KAMPUNG GELUGOR CETUS KEBIMBANGAN PENDUDUK
Kebimbangan tersebut bukan sahaja melibatkan aspek keselamatan, malah turut berkaitan keabsahan pelaksanaan projek berkenaan.
Sehubungan itu, ADUN Kupang, Brigedier (B) Dato' Haji Najmi Haji Ahmad bersama Pegawai Khas, Mohd Sabri Abu Bakar turun padang ke lokasi bagi mendapatkan gambaran dan maklumat sebenar.
Turut hadir ialah pihak Pejabat Tanah Daerah Baling.
Semalam, isu ini telah dibawa dan dipanjangkan dalam sesi Taklimat Projek Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi tahun 2026 bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) di Wisma Darul Aman Alor Setar, bagi memastikan perhatian sewajarnya diberikan kepada permasalahan setempat.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"
Post a Comment