PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DI LANGKAWI TERUS DIPERKASA
Lawatan kerja telah dilakukan ke beberapa projek pembangunan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Langkawi memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi luar bandar khususnya di Pulau Tuba, termasuk Projek Desa KEDA Teluk Berembang, Projek Lekoshow serta Projek Koperasi Tuba Best yang merangkumi sektor pelancongan melalui Chalet Terapung Bestuba dan industri hiliran seperti ternakan ayam serta pembuatan keropok kering.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Ghazali mengadakan lawatan kerja itu bagi meninjau kemajuan serta impak projek sosioekonomi kepada penduduk setempat.
Sesi lawatan dimulakan dengan menaiki bot Best Tuba, hasil inisiatif Projek Desa Lestari KKDW, yang mencerminkan potensi besar penglibatan komuniti tempatan dalam sektor pelancongan mampan.
Lawatan ini turut melibatkan kerjasama erat bersama pihak KKDW Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang dan pengurusan KEDA, serta diakhiri dengan tinjauan ke Pusat Komuniti Desa Sungai Itau, iaitu salah satu projek di bawah KKDW.
Post a Comment