MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BACK TO SCHOOL DUN PEDU
KLPK menyumbangkan kelengkapan pakaian sekolah bagi membantu persiapan awal pelajar menjelang pembukaan sesi persekolahan tahun 2026 yang akan bermula pada minggu hadapan.
Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, Mohd Radzi Md Amin, bersama Pengurus Besar Kumpulan KLPK, Abdul Roni Abu Bakar, serta Penolong Pengurus Ladang Bukit Nguan, Mohd Faizul Idris.
Mohd Radzi berkata, inisiatif seumpama ini amat bermakna dalam meringankan beban ibu bapa, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KLPK atas keprihatinan dalam menyalurkan sumbangan demi kebajikan masyarakat di DUN Pedu.
Program ini selari dengan usaha berterusan DUN Pedu untuk memastikan kebajikan pendidikan anak-anak sentiasa terbela serta tiada pelajar tercicir daripada menerima peluang pendidikan yang sewajarnya.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
Post a Comment