Header Ads

test

TIGA KELUARGA KEHILANGAN TEMPAT BERTEDUH

 


Pagi Jumaat baru ini, ADUN Anak Bukit, Rashidi Razak bersama Exco Kerajaan Negeri, Dzowahir Ab Ghani turun menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Hujung Mergong, belakang Taman Inang.

Kejadian tragis yang berlaku kira-kira jam 4 petang baru-baru ini telah memusnahkan sebuah rumah sepenuhnya apabila ia hangus dijilat api.



Dalam suasana cemas dan penuh ketakutan, seorang mangsa berkongsi detik menyayat hati, “Masa tu saya tengah tidur. Bila bangun, api dah marak. Saya terus dukung anak, lari keluar selamatkan diri," ujarnya kepada pemberita.

Luahan ringkas itu cukup menggambarkan paniknya saat nyawa menjadi taruhan.

Rumah berkenaan didiami oleh tiga buah keluarga dan tragedi itu menyebabkan kesemua mangsa kehilangan tempat tinggal.

Turut musnah dalam kebakaran tersebut ialah dua buah kenderaan, iaitu sebuah Proton Wira dan sebuah Perodua Myvi. Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Dalam lawatan itu, Rashidi dan Dzowahir menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan terhadap nasib mangsa, di samping menyampaikan bantuan awal bagi meringankan beban yang ditanggung.

Semoga semua mangsa diberikan ketabahan dan perlindungan Allah SWT dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#ADUNAnakBukit
#ADUNAlorMengkudu
#ziarah

Tiada ulasan