MAJLIS PERASMIAN 1 BULAN 1 SUKAN PERINGKAT NEGERI KEDAH
Hari ini, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor merasmikan Program 1 Bulan 1 Sukan Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung di Wisma Darul Aman.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan amalan bersukan dan gaya hidup sihat, di samping menggalakkan penyertaan aktif dalam pelbagai jenis sukan serta membudayakan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
Penganjuran program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat merangkumi kakitangan kerajaan, pelajar, pekerja sektor awam dan swasta, serta masyarakat di bandar dan luar bandar.
Menerusi konsep 1 Bulan 1 Sukan ini, rakyat Kedah diberi peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti sukan secara santai dan berperingkat, selaras dengan usaha membentuk komuniti yang lebih aktif dan sihat.
Sehubungan itu, pelaksanaan Program 1 Bulan 1 Sukan ditetapkan pada setiap hari Khamis minggu keempat bagi setiap bulan.
Penetapan ini bertujuan memastikan pelaksanaan yang konsisten, tersusun dan mudah diikuti, sekali gus menggalakkan penyertaan berterusan sepanjang tahun.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Syed Khairol Anwar Syed Abidin; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Syed Khairol Anwar Syed Abidin; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), Dato’ Mohd Fauzi Mustaffa; Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, Muhammad Radhi Md Din; ADUN Gurun, Baddrol Bakhtiar.
Post a Comment