Sumbangan Beras Sejahtera: Ruang Wakil Rakyat Mendengar Denyut Nadi Rakyat
Oleh - Muhammad Saufi
POKOK SENA, KEDAH – Seramai 50 orang asnaf di Kampung Gulau telah menerima Sumbangan Beras Sejahtera dan Pek Makanan dalam satu majlis penyerahan yang diadakan bagi membantu meringankan beban golongan memerlukan.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, yang turut diiringi oleh Tuan Haji Abdul Samad Saad, Pegawai Khas Ahli Parlimen Pokok Sena.
“Sumbangan ini adalah sebagai tanda ingatan dan keprihatinan kepada golongan asnaf, di samping menjadi satu peluang untuk kami bertemu rakyat serta mendengar sendiri masalah dan aduan yang ingin disampaikan secara langsung,” kata YB Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz.
Majlis penyerahan telah berlangsung di Kampung Gulau, Pokok Sena, dengan suasana penuh sederhana dan mesra rakyat. Turut hadir memeriahkan program ialah Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Gulau, Saudara Abd Rahman, bersama Setiausaha MKK, yang memainkan peranan penting dalam penyelarasan dan pengurusan penerima sumbangan.
Diharapkan sumbangan Beras Sejahtera dan pek makanan ini dapat memberikan sedikit kelegaan kepada penerima serta menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam membantu golongan yang memerlukan di kawasan DUN Bukit Lada dan Parlimen Pokok Sena.
#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#ADUNBukitLada
#sumbangan
Post a Comment