Header Ads

test

PEMERKASAAAN KEPIMPINAN WANITA SG4

 

Kepimpinan wanita di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dari negeri-negeri 'State Government 4 (SG4)' telah berkumpul dalam Program Pembangunan Insan bersama Ahli Parlimen dan ADUN Wanita SG4 yang diadakan di Terengganu.
Program itu dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah, Dato' Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali dan disertai oleh Ahli-ahli Parlimen serta ADUN Wanita SG4.
Selain itu, program ini turut membincangkan perancangan strategik merangkumi aspek kepimpinan, pengurusan gerak kerja serta pendekatan khidmat rakyat yang lebih menyeluruh dan mampan.
Diharapkan program ini dapat melahirkan barisan kepimpinan wanita SG4 yang lebih berwibawa, berdaya saing dan bersedia memacu gerak kerja serta kebajikan rakyat secara lebih efektif dan berteraskan nilai pembangunan insan.

Tiada ulasan