Header Ads

test

PROGRAM 'E-IDAMAN INSPIRE SUPERVISORY' PLATFORM KUKUH KEMAHIRAN, DISIPLIN KERJA

 



Program E-Idaman Inspire Supervisory Programme Graduation menjadi platform penting dalam memperkukuh kemahiran kepimpinan, disiplin kerja serta keupayaan membuat keputusan dalam kalangan penyelia barisan hadapan.


Program yang berlangsung pada 15 Januari 2026 bertempat di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani itu dianjurkan bagi meraikan para peserta yang telah berjaya menamatkan latihan kepimpinan penyeliaan yang komprehensif dan berimpak tinggi.


Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sains, Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah  hadir bagi memberi sokongan terhadap usaha pembangunan modal insan, khususnya dalam sektor pengurusan sisa dan perkhidmatan awam. 


Beliau percaya para graduan program ini mampu memainkan peranan lebih besar sebagai pemimpin yang menjadi jambatan antara dasar organisasi dan realiti operasi.

Tiada ulasan