Header Ads

test

'PERKASA' GERAKKAN AGENDA PENDIDIKAN DUN JITRA

 

Pendidikan Rakyat & Kecemerlangan Anak Bangsa (PERKASA) yang digagaskan oleh ADUN Jitra, Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah ditubuhkan bagi menggerakkan agenda pendidikan di DUN Jitra.



Melalui PERKASA satu majlis sumbangan Program Kembali Ke Sekolah kepada 700 orang anak Jitra yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan DUN Jitra telah diadakan.
Profesor Dr. Haim berkata, penerima boleh memanfaatkan baucar yang diberikan bagi membeli pakaian sekolah, peralatan pembelajaran dan keperluan-keperluan persekolahan lain.
Bantuan ini disasarkan khusus kepada keluarga B40 yang memerlukan sokongan bagi menghadapi persiapan sesi persekolahan tahun 2026, sekali gus memberi perhatian kepada anak pelajar negeri Kedah agar pendidikan anak-anak terus terbela.
Program ini berjaya direalisasikan hasil jalinan kerjasama strategik antara Pejabat ADUN Jitra, Tenaga Nasional Berhad (TNB), NGO Dana Kita dan rakan strategik dalam kalangan syarikat & individu.
Penghargaan turut dirakamkan kepada pihak Masjid Sharifah Fatimah, Jitra atas kerjasama penggunaan dewan serta penyediaan kemudahan yang mencukupi bagi melancarkan perjalanan program.

Tiada ulasan