Header Ads

test

BACK TO SCHOOL: RINGANKAN BEBAN KELUARGA

 


Penyerahan sumbangan Back to School kepada 150 penerima di DUN Bukit Lada menjadi simbol keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, khususnya golongan pelajar.



ADUN Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz, menghadiri majlis penyerahan sumbangan awal persekolahan yang disalurkan melalui program CSR anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Kynetic Land dan Econsave.

Sumbangan yang diterima oleh setiap penerima terdiri daripada beg sekolah, kelengkapan alat tulis, baucar, serta wang tunai dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM80.

Turut hadir memeriahkan majlis, Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya.

Tiada ulasan