PERTEMUAN BERSAMA GREEN TERRAIN PROPERTIES SDN. BHD
Satu pertemuan telah diadakan antara Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, Mejar (B) Mansor Zakaria dan Green Terrain Properties Sdn. Bhd. bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan isu lot tanah serta hal-hal yang berkaitan dengan penjualan dan pembangunan hartanah.
Sesi perbincangan ini memberi ruang untuk bertukar pandangan mengenai status tanah, proses penjualan, pematuhan peraturan serta potensi pembangunan yang boleh dilaksanakan secara terancang dan berdaya maju.
Dengan adanya pertemuan ini dapat membantu memperjelaskan isu-isu yang dibangkitkan serta membuka peluang kerjasama yang lebih baik antara semua pihak demi memastikan urusan hartanah dapat dilaksanakan secara telus, teratur dan memberi manfaat kepada semua.
Post a Comment