FAST TRACK SPM BANTU PELAJAR KENALI POTENSI DIRI
Program Kecemerlangan 'Fast Track' SPM adalah untuk membantu pelajar mengenali kekuatan serta potensi diri dalam merancang hala tuju kerjaya masa hadapan, di samping menguasai kaedah pembelajaran yang berkesan dan kemahiran menjawab soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang.
Program ini turut memberi pendedahan awal kepada laluan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta membuka peluang yang lebih luas kepada lepasan tahfiz dan pondok untuk menceburi bidang profesional.
Selain itu, program ini merupakan satu laluan pembelajaran dipercepatkan yang ditawarkan khas kepada pelajar yang ingin menduduki peperiksaan SPM dalam tempoh lebih singkat berbanding aliran biasa.
Secara keseluruhannya, Fast Track SPM menjadi pencetus awal kecemerlangan akademik dan platform penting untuk melahirkan generasi pelajar berilmu, berdaya saing serta bersedia melangkah lebih jauh dalam dunia pendidikan dan kerjaya.
Melalui pendekatan pembelajaran yang intensif dan berfokus, peserta diberi pendedahan menyeluruh terhadap penguasaan subjek-subjek teras SPM serta teknik menjawab peperiksaan bagi membantu mereka mencapai keputusan yang cemerlang.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).
Post a Comment