Header Ads

test

SURAU TERIMA SUMBANGAN ALATAN PRASARANA, PERKUKUH AKTIVITI KEAGAMAAN KOMUNITI

 

ADUN Lunas, Khairul Anuar Ramli menyampaikan sumbangan kerusi dan meja kepada Surau Al-Falihin, Kampung Tok Rasul.

Sumbangan ini sebagai usaha melengkapkan keperluan prasarana surau bagi melancarkan pelaksanaan program keagamaan yang melibatkan jemaah serta penduduk setempat.

Beliau berharap agar sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan keselesaan para jemaah.  


Sumbangan berkenaan disampaikan kepada Pak Lang Mehat selaku Pengerusi Surau Al-Falihin. 

Turut hadir Pengerusi MKK Kampung Tok Rasul, Tuan Haji Azhar serta ahli jawatankuasa surau.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan