Header Ads

test

ZIARAH MAKTEH BEDAH DI KAMPUNG BUKIT TINGGI

 


Makteh Bedah, 86 tahun yang kini uzur tinggal bersama seorang anak istimewa (OKU mental) dan disara oleh seorang lagi anaknya, Azhari iaitu pesawah yang bergantung sepenuhnya kepada hasil sawah untuk kelangsungan hidup keluarga.

ADUN Jitra, Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah berkesempatan menziarahi Makteh Bedah di Kampung Bukit Tinggi bagi menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga itu.

Turut hadir, wakil JKM Kubang Pasu yang komited membantu keluarga ini mendapatkan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) sebanyak RM500 serta bantuan bulanan yang sewajarnya.

Semoga usaha kecil ini dapat memberi sedikit kelegaan dan manfaat kepada Makteh Bedah sekeluarga.

Tiada ulasan