Header Ads

test

PERUNTUKAN RM100 RIBU PUSAT KUARANTIN KHAS ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah memperuntukan sebanyak RM100 ribu untuk kegunaan p...


PERUNTUKAN RM100 RIBU PUSAT KUARANTIN KHAS ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah memperuntukan sebanyak RM100 ribu untuk kegunaan pusat kuarantin khas yang menempatkan bekas tahanan reman yang positif covid-19. Langkah itu diambil ekoran ada bekas tahanan reman yang telah dibebaskan penjara Alor Setar yang positif covid-19 menyebarkan virus tersebut kepada ahli keluarganya selepas pulang ke rumah. Menurut YAB Haji Sanusi Md Nor, Jawatan Kuasa Keselamatan Negeri (JKKN) akan memutuskan dan mewartakan lokasi baharu sebagai pusat kuarantin jika pusat sedia ada di Institut Aminuddin Baki di Jitra yang berkapasiti 100 pesakit dalam satu masa penuh. "Ada keperluan untuk kita tambah pusat kuarantin baharu, kos untuk tujuan itu akan diputuskan dalam mesyuarat JKKN yang berlangsung petang ini." Jelas beliau. "Di fahamkan oleh Jabatan Penjara, sehari banduan tahanan reman dibebaskan seramai 20 orang", ujarnya. Maklum beliau lagi, ada beberapa hotel yang telah disenaraikan untuk dijadikan pusat kuarantin mengikut jumlah bilangan tahanan yang dibebaskan. "Untuk individu yang mempunyai gejala, harap dapat buat saringan dengan segera dan kita semua yang masih sihat, kekal menjaga dan mematuhi SOP, jaga penjarakan, pakai penutup muka dan cuci tangan," ujar Haji Sanusi ketika sidang media di Wisma Darul Aman di sini, sebentar tadi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/14/2020, 3:30:00 PM 

Tiada ulasan