Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
PEGAWAI KHAS SUMBANG KUIH BULAN ALOR SETAR - Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid menyampaikan sumbangan kuih bulan kepada beberapa persatuan dan NGO masyarakat cina di sekitar Alor Setar sempena Perayaan Kuih Bulan. Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Kedah, Dato' Tang Eng Kiang menyambut baik rombongan tersebut dan memuji usaha memperkukuh semangat perpaduan kaum yang dilaksanakan. Perayaan ini menjadi tradisi masyarakat Cina setiap tahun yang disambut bermula hujung bulan Ogos hingga penghujung bulan September. Ustaz Nurul Amin turut menyampaikan sumbangan kuih bulan kepada Pengerusi Penduduk Taman Intan, Jalan Datuk Kumbar, Lee Ling Heng, dan wakil kepada Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kedah, Dato' Cheng Lai Hock. Turut hadir, Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Aman, Ustaz Abdul Hadi Omar, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah (kaum Cina), Kuan Kok Siang. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/2/2020, 11:00:58 PM 

Tiada ulasan