Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
LAWATAN KERJA ADUN-ADUN KE UPDA ALOR SETAR - Pesuruhjaya PAS Kedah, YB Senator Ustaz Ahmad Yahaya bersama ADUN-ADUN Backbencher melawat ke Pejabat Operasi Urusetia Penerangan Darul Aman (UPDA) baru-baru ini. ADUN yang hadir ialah ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood, ADUN Sungai Limau, YB Mohd Azam Abdul Samat, ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim, ADUN Pedu, YB Haji Mohd Radzi Md Amin, ADUN Pantai Merdeka, YB Ahmad Fadzli Hashim, ADUN Merbok, YB Ustaz Hanif Ghazali, ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria. Sesi pertemuan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Urusetia Penerangan Darul Aman (UPDA), Haji Zulkifli Yahya dan diikuti dengan pembentangan oleh Timbalan Pengarah UPDA, Ustaz Abdul Hadi Omar. Ustaz Abdul Hadi menerangkan aliran kerja UPDA yang dijalankan agar penerangan pentadbiran negeri yang sedang berjalan lancar di bawah pimpinan YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor disalurkan kepada rakyat Kedah seluruhnya meliputi pelbagai platform media sosial. Turut hadir, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamuddin, Pegawai Khas Kanan Menteri Besar, Nurul Amin Hamid, Pegawai Khas, Helmi Khalid, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Muhammad Mat Yakim. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/2/2020, 10:00:07 PM 

Tiada ulasan