Header Ads

test

2 JUTA PERUNTUKAN RUMAH UZUR ALOR SETAR – Kerajaan Kedah memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi membaiki rumah-rumah uzur. Menu...


2 JUTA PERUNTUKAN RUMAH UZUR ALOR SETAR – Kerajaan Kedah memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi membaiki rumah-rumah uzur. Menurut ADUN Bayu, YB Nasir Idris pembaikkan rumah ini dilakukan dengan aktiviti gotong-royong dan ia merupakan satu inisiatif yang baik. "Program ini juga dapat menjimatkan kos, menjimatkan belanja dan ia juga mampu untuk menghubungkan silaturahim di kalangan penduduk setempat. "Kita tak nak ada rumah banglo yang di sebelahnya ada rumah atapnya yang bocor dan dindingnya berlubang," ujar beliau ketika berlangsung Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) di Wisma Darul Aman, baru-baru ini. "Dengan muafakat gotong-royong ini dapat mengembalikan budaya murni dan dapat merealisasikan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'," ujar beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #SidangDunKedah14 #BajetKedah2021 -UPDA 11/22/2020, 10:21:14 PM 

Tiada ulasan