PEMBINAAN JATI DIRI RAKYAT KEDAH ALOR SETAR - ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria bersetuju dengan Kerajaan negeri Kedah ...
PEMBINAAN JATI DIRI RAKYAT KEDAH ALOR SETAR - ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria bersetuju dengan Kerajaan negeri Kedah mengadakan kuliah agama, kuliah dhuda di setiap daerah di Kedah. Dengan mengambil contoh program kerjasama dengan Universiti Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UNISHAMS) di Baling. Beliau mengatakan bahawa kuliah-kuliah ni sebagai asas kepada pembinaan ihsan kepada masyarakat hari ini. "Banyak remaja hari ni terdedah dengan dadah kerosakan akhlak dan ketum. Ini masalah-masalah yang berlaku. Dan saya sangat setuju dengan apa yang kerajaan hari ni buat dengan pembinaan insan sekurang-kurangnya melalui kuliah-kuliah ilmu, kuliah-kuliah dhuha yang dibenarkan sama di peringkat negeri, peringkat daerah, peringkat kawasan atau peringkat DUN. "Dengan pembinaan insan yang mantap, impian untuk mencapai Cordoba of Kedah dan The towering of Personality akan dapat di realisasikan sesuai dengan hasrat YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor," ujar beliau ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) di Wisma Darul Aman, baru-baru ini. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/22/2020, 4:30:28 PM
Post a Comment