Header Ads

test

4 TERAS UTAMA BELANJAWAN BAJET SIDANG DUN KEDAH ALOR SETAR - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan perun...


4 TERAS UTAMA BELANJAWAN BAJET SIDANG DUN KEDAH ALOR SETAR - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan peruntukan sebanyak RM798.8 juta dalam empat teras utama Bajet 2021 ketika Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Darul Aman yang Ke-14 di Wisma Darul Aman hari ini. Persidangan kali ini berlangsung mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk mengutamakan soal penjarakan fizikal, pemakaian penutup muka. Haji Sanusi menerangkan berkaitan empat teras utama yang merangkumi ekonomi, pendidikan, program bantuan sejahtera rakyat dan pemerkasaan terhadap sektor perkhidmatan awam. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/15/2020, 11:43:33 AM 

Tiada ulasan