Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


34,200 PENDUDUK TERPUTUS BEKALAN AIR BERSIH KUALA MUDA - Tiga Loji Rawatan Air (LRA) di Kampung Gading terpaksa dihentikan operasi disebabkan berlakunya pencemaran air dan telah mengakibatkan 34,200 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di Sik dan Kuala Muda terputus bekalan air bersih. Exco Bekalan Air dan Sumber Air, YB Suraya Yaacob memaklumkan bahawa pencemaran ini berpunca daripada tumpahan diesel dari projek meluaskan saliran oleh kontraktor di bawah Jabatan Kerja Raya Sik. Tumpahan diesel ini telah mencemarkan air yang mengalir ke Sungai Muda yang menjadi sumber air bagi tiga LRA. SADA telah mengambil tindakan yang pantas melepaskan sumber air di tiga Muka Sauk bagi LRA Jeniang Lama, Sungai Pau dan Jeniang pada khamis yang lalu. Menurutnya lagi, bekalan air bersih sedang disalurkan perlahan-lahan dan akan disalurkan sepenuhnya dalam tempoh beberapa jam lagi kepada 34,200 pengguna yang terjejas. Suraya Yaacob berkata, siasatan terperinci sedang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Lembaga Sumber Air negeri Kedah dan Polis Diraja Malaysia di bawah bidang kuasa masing-masing berkaitan pencemaran yang berlalu ini. "Walaupun tidak seteruk apa yang berlaku di negeri Selangor, Kak Su tidak memandang remeh dengan apa yang berlaku. Bagi Kak Su, tiada kompromi bagi isu pencemaran di mana-mana sumber air atau kawasan tadahan di bumi Kedah," ujar beliau. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/14/2020, 5:24:40 PM 

Tiada ulasan