Header Ads

test

KEDAH TERUSKAN PROJEK BERIMPAK TINGGI ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknol...


KEDAH TERUSKAN PROJEK BERIMPAK TINGGI ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dato' Wira Dr. Ku Rahman Ku Ismail memaklumkan Kerajaan Negeri Kedah akan meneruskan pelaksanaan projek berimpak tinggi mengikut perancangan yang telah ditetapkan bagi menjadi pemacu ekonomi di Kedah. Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah kali ke-14 di Wisma Darul Aman. Beliau turut berkata kerajaan negeri akan menyeimbangkan antara projek pembangunan dan aspek pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam sektor pembinaan bagi menangani penyebaran wabak Covid-19. Ujarnya, keputusan untuk meneruskan projek berimpak tinggi disaat negara ini dilanda wabak Covid-19 terpaksa diteruskan demi menjana kewangan negeri yang kukuh bagi memberi manfaat kepada rakyat serta menanggung perbelanjaan sektor perubatan yang besar bagi menangani wabak tersebut. "Kita (Kerajaan Kedah) perlu teruskan projek berimpak tinggi seperti Kedah Rubber City, Kulim High Tech Park, SBEZ dan Northern Gateway. Usaha kita untuk meningkatkan pelaburan ini sebenarnya dapat membantu kerajaan negeri menangani masalah covid-19 yang memerlukan wang (belanja) yang begitu besar. Exco Industri dan Pelaburan turut mengulas berkaitan status projek Kedah Rubber City (KRC) bagi menjawab soalan dari ADUN Anak Bukit, YB Dato' Wira Haji Amiruddin Haji Hamzah. Menurutnya, setelah permasalahan berlarutan hampir dua tahun oleh kerajaan Pakatan Harapan berkaitan penyediaan bekalan elektrik di tapak Kedah Rubber City, pihaknya menubuhkan satu pasukan tindakan khas (task force) bagi menyelesaikan masalah ini. Pertemuan bersama Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), YB Datuk Seri Mahadzir Khalid telah diadakan dan hasilnya satu pasukan khas TNB diarahkan memantau projek ini. Tambahnya lagi, pihak TNB berjanji untuk mempercepatkan proses membekalkan tenaga elektrik walau bagaimanapun ia bergantung kepada banyak faktor seperti proses pengambil alihan tanah yang mengambil masa untuk diselesaikan sepenuhnya. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/22/2020, 3:30:39 PM 

Tiada ulasan