Header Ads

test

RUMAH PPR BERSESUAIAN DENGAN TARAF RAKYAT DI KEDAH ALOR SETAR – Pelan Pembangunan negeri Kedah 2035 melalui teras tiga telah me...


RUMAH PPR BERSESUAIAN DENGAN TARAF RAKYAT DI KEDAH ALOR SETAR – Pelan Pembangunan negeri Kedah 2035 melalui teras tiga telah menetapkan strategi untuk menyiapkan rumah yang berkualiti bersesuaian dengan tahap dan taraf hidup rakyat Kedah. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar YB Dr Robert Ling Kui Ee berkata, pembinaan rumah mampu milik dengan pembinaan Perancangan Perumahan Awam (PPA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan perancangan kerajaan Kedah bagi membina perumahan rakyat. "Status terkini bagi semua projek PPR di negeri Kedah antaranya PPR Ulu Melaka, Langkawi. Projek sedang dalam proses pembinaan status kemajuan kerja 75 peratus, PPR Kuah 80 peratus. Berkaitan PPR Kuala Nerang, PPR Air Hitam dan PPR Kota Setar telah siap sepenuhnya. "Semua nama yang layak dipertimbangkan telah dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),"ujar beliau ketika menjawab persoalan dari ADUN Derga pada Mesyuarat Sidang Undangan Negeri Kedah (DUN) di Wisma Darul Aman baru-baru ini. Beliau juga menekankan berkaitan Pelan Pembangunan Kedah 2035 memfokuskan terhadap kelestarian alam sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran negeri Kedah (JPS) dan Lembaga Sumber Air negeri Kedah untuk memastikan sungai tidak terancam dengan pencemaran. "Kita akan menjalankan aktiviti pengawasan melalui program-program pengawasan kualiti alam sekeliling ayat sungai di stesen-stesen pengawalan air. Kita juga ada melakukan aktiviti penguatkuasaan melalui atas kualiti alam sekeliling. Kemudian, kita akan memastikan pengeluaran utiliti kerja pengorekkan pasir di kawasan lembangan sungai mengikut panduan yang ditetapkan. "Seterusnya, kita akan mengamalkan pembangunan lestari dengan memastikan syarat kelulusan pembangunan berdekatan Sungai dipatuhi melalui Lembaga Sungai Kedah," ujar beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/22/2020, 4:00:31 PM 

Tiada ulasan