Header Ads

test

MB KEDAH MENJAWAB ISU PERUNTUKAN RUMAH IBADAT KAUM INDIA ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor men...


MB KEDAH MENJAWAB ISU PERUNTUKAN RUMAH IBADAT KAUM INDIA ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menerima kritikan apabila tidak memberi peruntukan rumah ibadat kepada masyarakat kaum India Kedah di dalam Bajet 2021 Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) baru-baru ini. "Boleh tunjukkan kepada saya di mana, bila, tahun bila, berapa Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan kepada kuil dan rumah-rumah ibadat. Kalau ada tunjuk contoh," ujar Haji Sanusi apabila pihak rakyat India memprotes berkaitan tidak diberi peruntukan kepada rumah ibadat mereka di dalam Bajet 2021 baru-baru ini. Menurutnya Kerajaan Negeri Kedah boleh memberi bantuan di dalam belanjawan tahunan atas pembinaan dewan, sekolah, komuniti dan perpaduan kaum. "Di peringkat Pusat ada Jawatankuasa khusus yang mengendalikan hal kebajikan masyarakat India dan diberi peruntukan RM100 juta dibawah Kementerian Perpaduan Datuk Halimah Mohamed Sadique," maklum beliau. Baru-baru ini, Datuk Halimah telah membentangkan Bajet 2021 Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM100 juta di bawah Unit Transformasi India Malaysia (MITRA) dan terdapat juga skim bantuan lain di bahagian kementerian lain. Jelas Haji Sanusi lagi, tidak patut ADUN Bukit Selambau, Dr R Summugam mempersoalkan berkaitan peruntukan rumah ibadat kaum India di dalam Bajet 2021. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/27/2020, 4:30:01 PM 

Tiada ulasan