Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KERAJAAN KEDAH RAI MASYARAKAT INDIA SEMPENA DEEPAVALI ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah menyediakan peruntukan 1000 hamper kepada masyarakat India bagi meringankan beban yang dihadapi akibat Pandemik Covid-19. Sumbangan hamper tersebut akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan untuk menyambut Hari Deepavali tidak lama lagi. YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor meluangkan masa menyampaikan hamper makanan tradisi kaum India dan wang saguhati kepada 10 penerima dari DUN Anak Bukit sebagai simbolik penyerahan di Wisma Darul Aman hari ini. Penerima sumbangan Deepavali, Saillajah A/P Nathan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Kedah atas sumbangan yang amat bermakna tersebut bagi kaum India yang disaat Pandemik Covid-19. "Kerajaan Kedah di bawah kepimpinan YAB Haji Sanusi tidak meminggirkan masyarakat India, memberi layanan baik kepada pelbagai golongan dan kaum, perkara ini dilihat dapat melahirkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni," ujar Penyelaras Dun Anak Bukit, Mohammad Rashidi Abdul Razak ketika ditemu ramah selepas majlis berlangsung. Turut hadir, Exco Hal Ehwal Masyarakat India, YB Azman Nasruddin dan Pegawai Khas Kaum India, Kumaresan BK. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/9/2020, 5:18:20 PM 

Tiada ulasan