Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PEMERKASAAN JAWI DALAM KALANGAN PELAJAR YAN - Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Sabri Azit yang juga merupakan Munsyi (JAWI) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hadir ke Bengkel Pengkaedahan Tulisan Jawi diadakan yang di Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Darul Izzah, Yan, Kedah. Bengkel tersebut khusus bagi memberi pendedahan berkaitan pengkaedahan jawi baharu serta membimbing pelajar menguasai jawi dengan lebih baik. "Tulisan jawi merupakan tulisan yang penting bagi penyebaran agama Islam di nusantara sekitar 1300 Masihi. Sekiranya tiada penekanan dalam pembelajaran tulisan jawi, dikhuatiri tulisan ini akan hilang dan menyebabkan lemah penguasaan bahasa arab di kalangan pelajar sekolah agama. Ini kerana tulisan ini berasal dari tulisan arab, dengan penambahan beberapa huruf untuk diadaptasi bagi memudahkan ejaan dalam Bahasa Melayu. Diharapkan inisiatif SMITI Darul Izzah menganjurkan bengkel ini bagi memperjuangkan semula nasib tulisan ini," ujar Pengetua SMITI Darul Izzah, Ustaz Muhammad Iqbal Abu Yaziz yang juga merupakan penganjur program ini. Pembentangan dibuat oleh Ustaz Muhammad Fathi Sabri. YB Ustaz Sabri turut berkesempatan berkongsi tips ringkas pengkaedahan jawi sebelum membuat ucapan perasmian penutup bengkel tersebut. Turut hadir, wakil Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA), Ustaz Mohd Aizat Zakaria dan Ustaz Syukri Sawai. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/10/2020, 11:02:24 AM 

Tiada ulasan