Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PROGRAM KEMBARA PRIHATIN NEGARA ALOR SETAR - Program Kembara Prihatin Negara merupakan insiatif yang dilaksanakan Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menyantuni rakyat yang terkesan dengan Pandemik COVID-19. Program ini dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato' Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff yang dilancarkan di Wisma Darul Aman, hari ini. Menurut YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, seramai 4,499 wanita menerima bantuan kewangan daripada program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) fasa 2 baru-baru ini. "Kerajaan Persekutuan melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah membelanjakan sebanyak RM18 juta untuk melaksanakan program ini menerusi pemberian kad KIDA yang bernilai RM250 sebulan untuk pembelian barangan keperluan asas dan RM500 setahun untuk bantuan rawatan kesihatan (bagi setiap keluarga), " ujar beliau. Maklum beliau lagi, pada Bajet 2021 Kerajaan Negeri juga telah memperuntukan sejumlah RM500 ribu kepada Tabung Sejahtera Wanita Negeri Kedah untuk diberikan kepada wanita bagi menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menambah pendapatan. "Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah, pada Tahun 2020 telah menyalurkan bantuan kepada 36,279 orang penerima daripada pelbagai Skim Bantuan Kewangan Persekutuan dengan jumlah bantuan sebanyak RM142 juta. Manakala bagi Skim Bantuan Kewangan Negeri, JKM Negeri Kedah telah memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM18.4 juta kepada 6,793 penerima pada Tahun 2020, " jelas beliau. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/6/2020, 11:27:58 AM 

Tiada ulasan