Header Ads

test

PROGRAM KEMBARA PRIHATIN NEGARA MUDAHKAN AKSES RAKYAT KEPADA AGENSI KERAJAAN ALOR SETAR - Kerajaan Persekutuan mengambil pendek...


PROGRAM KEMBARA PRIHATIN NEGARA MUDAHKAN AKSES RAKYAT KEPADA AGENSI KERAJAAN ALOR SETAR - Kerajaan Persekutuan mengambil pendekatan terhadap golongan miskin yang sukar menerima bantuan dengan menyediakan Program Kembara Prihatin Negara kepada semua lapisan masyarakat sama ada di bandar atau kawasan luar bandar di seluruh negara. Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato' Hajah Zailah Mohd Yusoff program ini mensasarkan seluruh daerah di negeri Kedah dan bertujuan memberi peluang kepada pemimpin masyarakat bersama agensi-agensi berkaitan turun padang untuk memberi kemudahan kepada masyarakat di bawah terutama untuk mereka mendapat perkhidmatan melalui kaunter-kaunter bergerak yang disediakan di seluruh daerah. "Program ini bukan sahaja untuk memberi perkhidmatan atau menerima aduan pelanggan, bahkan untuk memudahkan masyarakat mendapat perkhidmatan. Dalam program ini, kita juga adakan program turun ziarah prihatin kepada rumah penduduk di bawah kumpulan sasar," ujar beliau ketika sidang media selepas majlis pelancaran di Wisma Darul Aman, hari ini. YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor juga menyeru kepada semua agensi kerajaan di bawah kementerian, agensi swasta, NGO dan pertubuhan politik untuk menyambut program ini dengan membanyakkan lagi program kebajikan menyantuni orang miskin yang terjejas akibat COVID-19. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/6/2020, 4:32:05 PM 

Tiada ulasan