Header Ads

test

UCAPAN TAKZIAH YAB MENTERI BESAR KEDAH ATAS KEMBALINYA KE RAHMATULLAH ALLAHYARHAM DATO’ WIRA (DR) WAN SHAMSUDDIN MOHD YUSOF Sa...


UCAPAN TAKZIAH YAB MENTERI BESAR KEDAH ATAS KEMBALINYA KE RAHMATULLAH ALLAHYARHAM DATO' WIRA (DR) WAN SHAMSUDDIN MOHD YUSOF Saya atas nama peribadi dan bagi pihak Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato' Wira (Dr.) Wan Shamsuddin Mohd Yusof atas kembalinya tokoh besar sejarawan Negeri Kedah itu ke rahmatullah, petang tadi. Sesungguhnya pemergian beliau merupakan suatu kehilangan besar yang sukar untuk dicari ganti. Dato' Wira (Dr.) Wan Shamsuddin telah membuktikan kesungguhan dan minat yang sangat mendalam dalam bidang kaji selidik serta penghasilan artikel, jurnal serta buku-buku berkaitan sejarah Negeri Kedah yang bernilai tinggi. Legasi yang beliau tinggalkan sepanjang menerajui Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah (PSMCK) telah memberikan impak yang besar dalam penerokaan minat terhadap aktiviti pensejarahan dan kebudayaan masyarakat negeri ini. Semoga usaha bakti Allahyarham dibalas dengan sebesar-besar ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Amin ya Rabbal Aalamiin. Al Fatihah. HAJI MUHAMMAD SANUSI MD. NOR Menteri Besar Kedah Darul Aman 19 Disember 2020 -UPDA 12/19/2020, 8:28:21 PM 

Tiada ulasan