Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


NASIB ANAK YATIM TERBELA DENGAN CARUMAN PERKESO NAKA - ADUN Pedu, YB Haji Mohd Radzi Md Amin menyampaikan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada waris yang kematian ahli keluarga baru-baru ini. Haji Radzi menyampaikan faedah tersebut semasa program Pertanyaan dan Pendaftaran Caruman PERKESO peringkat DUN Pedu anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pedu. Faedah Pencen Penakat yang diterima oleh keluarga arwah sebanyak RM 32 ribu. Ianya adalah jumlah terkumpul sejak tarikh kematian arwah iaitu 28 Mac 2015 yang lalu sehingga kini. Nasib keluarga ini terbela dengan adanya faedah PERKESO. Dimaklumkan juga PKWR bekerjasama bersama PERKESO Alor Setar mencari keluarga arwah untuk memberikan manfaat faedah ini. Haji Radzi menyeru orang ramai untuk memberi informasi di Pejabat PKWR jika ada ahli keluarga meninggal dan mencarum PERKESO untuk mendapatkan manfaat daripada caruman tersebut. Setiap pertanyaan boleh ke pejabat Haji Radzi atau terus ke Pejabat PERKESO Alor Setar untuk membuat aduan atau semakan manfaat PERKESO dengan kadar segera walaupun arwah sudah lama meninggal dunia mahupun baru sahaja. "Media perlu melaporkan kepada orang ramai untuk orang ramai sedar kepentingan caruman perlindungan semasa bekerja. Faedah yang dapat sangat membantu keluarga tersebut," ujar beliau. Turut hadir Pengarah PERKESO Negeri Kedah, Shaharudin Waled. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/20/2020, 9:26:06 AM 

Tiada ulasan